PENGENALAN
Kayak adalah bot didayung oleh manusia. Ia dicipta oleh penduduk asal kawasan Artik di Amerika Utara dan Greenland biasanya dikenali sebagai Inuitatau Eskimo. Perkataan "kayak" asalnya bererti "bot manusia/lelaki". Pembinaan asalnya merupakan rangka kayu diselitupi dengan kulit haiwan seperti kulit anjing laut. Kayak asal ini digunakan untuk memburu dilautan lepas Lautan Artik.
Kayak biasanya dikemudikan dengan menggunakan pendayung dua belah. Pengguna kayak atau pendayung duduk dalam kayak dengak kaki mereka kehadapan. Bahagian atas kayak ditutup dengan geladak. Pengayuh duduk dalam lubang di kokpit yang boleh ditutup dengan skirt limpahan (atauspraydeck). Ini menjadikan bahawa, sekiranya kayak terbalik, kayak tidak akan dipenuhi air, dan pendayung boleh menegakkan kayak kembali tanpa dipenuhi air. Pergerakan ini dikenali sebagai gulingan Eskimo Eskimo Roll.
Pada zaman moden, kayak telah dimajukan lebih lanjut menjadi beberapa jenis termasuk : berkayak di air putih whitewater kayaking, bot bermain playboats,surfing, kayak laut, perlumbaan air tenang, berkanoe Slalom, polo kanoe danriadah. Jenis-jenis ini boleh dipecahkan lagi. Kayak moden diperbuat daripadaplastik, fiberglass, kevlar, Serat karbon, kanvas atau kayu. Terdapat model untuk seorang atau dua orang. Kini terdapat bot duduk di atas yang dimajukan, juga dipanggil kayak dan dikendalikan dengan pendayung dua belah
SEJARAH PERKEMBANGAN KAYAK DI MALAYSIA
Di negara kita, kegiatan berkayak telah bermula seawal peradaban manusia. Tujuan utamanya ialah sebagai medium pengangkutan dan pedagangan. Antara kanu yang mula-mula digunakan ialah sampan kotak, perahu dan kolek. Perkembangan kayak di Malaysia adalah seperti berikut:
Sekitar tahun 1960 an
Bermulanya sejarah kayak moden di Malaysia.Ia diperkenalkan oleh pelaut British yang berpengkalan di Woodlands, Singapura. Namun begitu, ia tidak popular dikalangan umum kerana kegiatannya hanya bertumpu dikalangan anggota tentera dan kakitangan kanan kerajaan sahaja. Selain itu, aktiviti berkayak pada masa itu juga dipraktikan dimaktab-maktab perguruan di seluruh negara. Guru-guru yang mengikuti kursus Pendidikan Jasmani pada masa itu telah membina beberapa unit kayak kanvas dan menjalankan pelbagai ekspidisi kayak di seluruh negara.
Sekitar tahun 1970 an
Pulau Pinang telah mempelopori aktiviti kayak negara. Aktiviti tumpuannya ialah ekspidisi dan pertandingan. Antara kejohanan yang telah dianjurkan ialah Kejohanan Merentas Selat Pulau Pinang dan Kejohanan Mengelilingi Pulau Pinang.
Tahun 1980 an
'Penang Canoe and Recreation Club' telah ditubuhkan. Ia merupakan kelab kanu pertama ditubuhkan diMalaysia. Namun begitu, aktiviti hanya tertumpu di sekitar Pulau Pinang dan tidak berkembang menyeluruh ke serata Malaysia.
Kementerian Belia dan Sukan kemudiannya telah berusaha merangsang kegiatan kayak di seluruh Malaysia. Program Malaysia Cergas merupakan indikator utama perkembangan aktiviti ini. Bantuan kewangan dan peralatan berkayak telah disalurkan ke seluruh negara. Aktiviti ekspedisi merupakan tumpuan utamanya.
Tahun 1988
Aktiviti kayak telah tercatat dalam lembaran sejarah negara pada tahun 1988 apabila buat pertama kalinya dua orang anak Malaysia telah berjaya mengelilingi Semenanjung Malaysia menggunakan kayak solo. Pengembaraan sejauh 1846 km telah mengambil masa selama 63 hari. Kejayaan ekspedisi ini telah menjana lagi perkembangan aktiviti kayak negara.
Cabaran-cabaran kayak telah dipertingkatkan lagi sehingga terlaksananya ekspedisi-ekspedisi merentas lautan antarabangsa seperti Ekspedisi Kayak Nusantara Johor ke Riau, Ekspedisi Kayak Antarabangsa Johoe-Surabaya-Bali dan Ekspedisi Kayak Antarabangsa Merentas Selat Inggeris.
Tahun 1980
Acara pertandingan kanu pula diperkenalkan seawal tahun 1980 an di Pulau Pinang.
Tahun 1990
Persatuan Kanu Kuala Lumpur telah menganjurkan Regatta Kanu Kebangsaan yang pertama di Tasik Titiwangsa. Persatuan Rekreasi Wilayah Persekutuan (PERWIP) pula telah menganjurkan pertandingan kayak arus deras di Taman Negara.
Tahun 1991
Seiring dengan perkembangan aktiviti berkayak sebagai satu displinsukan , atli-atlit kayak Malaysia telah mencapai beberapa kejayaan gemilang di peringkat antarabangsa. Aziz bin Ahmad dari Johor telah memenangi pingat gangsa dalam acara TK1 1000m di Kejohanan Kanu Asia Jepun.
Tahun 1992
Malaysia mencatat sejarah dalam perkembangan pertandingan kayak negara apabila acara kayak telah dipertandingkan buat pertama kalinya di Sukan Malaysia Ke empat di Johor Bharu.
Tahun 1994
Acara menuruni jeram dan salom telah diperkenalkan pada dalam Kejohanan 'War On Water' di Jeram Besu.
Tahun 1995
Acara kanu polo pula telah mula diperkenalkan.
Tahun 1996
Bidang slalom pula mencatat sejarah apabila Salehuddin Ayob telah melayakan diri ke Sukan Olimpik 1996 di Atlanta.
Tahun1997
Skuad Kayak Sukan SEA 1997 ke Jakarta telah merangkul 3 pingat gangsa melalui penampilan pertama mereka di arena SukanSEA.
Tahun 1999
Universiti Pendidikan Sultan Idris telah mencatatkan sejarah apabila menjadi universiti pertama di Asia memperkenalkan silibus Kayak Arus Deras di dalam kurikulumnya.
Sekarang
Aktiviti berkayak telah aktif dijalankan di Institusi Pengajian Tinggi dan Institut Perguruan. Kurikulum Pendidikan Luar telah menyenaraikan kegiatan berkayak sebagai salah satu aktiviti utamanya. Ia juga dijadikan salah satu aktiviti kokurikulum. Antara universiti yang bergiat menjalankan aktiviti berkayak ialah Universiti Teknologi Malaysia, Universiti Malaya, Universiti Teknologi MARA, Universiti Islam Antarbangsa dan Universiti Pendidikan Sultan Idris. Pada masa kini, aktiviti kayak mula dikenali sebagai aktiviti dalam air yang popular.
PERBEZAAN ANTARA KAYAK DAN KANU
BIL.
|
PERBEZAAN
| ||
KAYAK
|
KANU
| ||
1.
|
Kayak merupakan pecahan daripada keluarga kanu.
|
Kanu merangkumi semua kenderaan atau alatan air sebagai medium utamanya serta digerakkan dengan teknik dayungan ataupun bantuan tenaga alam.
| |
2.
|
Sejenis kenderaan air yang mempunyai geladak tertutup.
|
Merujuk kepada sejenis kenderaan air yang mempunyai geladak terbuka.
| |
3.
|
Kayak dikayuh menggunakan dua bilah mata dayung di sebelah kiri dan kanan.
|
Bilah kanu dikayuh dengan menggunakan satu bilah mata dayung.
| |
4.
|
Untuk menunggang kayak, bilah perlu di dayung dengan duduk secara berlunjur.
|
Semasa menunggang kanu pula, bilah perlu di dayung secara duduk berlutut.
| |
5.
|
Bilah senang dan cepat untuk dikawal kerana bilah boleh terus di dayung tanpa dialihkan ke kiri ata ke kanan.
|
Susah dikawal sedikit kerana bilah perlu diaihkan ke kanan ata ke kiri untuk mendayung.
| |
6.
|
Bilah di dayung menggunakan kedua-dua belah tangan pada kanan dan kiri kayak pada satu-satu masa.
|
Kanu menggunakan kedua-dua belah tangan untuk mendayung samada di kiri atau kanan pada satu masa.
| |
7.
|
Contoh: kayak polo
|
Contoh: sampan
| |
JENIS-JENIS KAYAK
Di zaman ini terdapat terlalu banyak keluaran dan reka bentuk kayak. Namun begitu, pengeluar-pengeluar ini masih mengekalkan kategori-kategori kayak mengikut aktivitinya. Di sini terdapat beberapa jenis kayak yang selalu digunakan dalam pelbagai bentuk.
1) Kayak jenis Creek Boat
Kayak jenis ini ialah kayak yang digunakan oleh orang yang baru menceburi bidang kayak dan kanu. Ini adalah kerana kayak Creek ini memberikan kestabilan yang tinggi dan mudah untuk dikendalikan.
2) Kayak jenis Polo
Kayak jenis ini digunakan di kawasan danau yang tenang dan kolam. Kayak ini hampir sama dengan Kayak Creek boat tetapi bentuk belakangnya lebih leper ini adalah bagi memudahkannya memotong air semasa berpusing. Kayak ini juga dinukan oleh pemain polo berkayak.
3) Kayak jenis inflatable
Kayak jenis ini diperbuat daripada gabungan getah dan gentian kaca. kayak ini mempunyai daya apungan yang tinggi. kayak jennis ini perlu di pam angin sebelum digunakan.
4) Kayak jenis Squirt
Kayak jenis ini sesuai digunakan untuk Rodeo di arus deras seperti enders dan catwhell, ini adalah kerana kayak ini berbentuk tipis dan ruan g didalamnya hanya boleh memuatkan kaki pendayung sahaja. Saiz kayak ini hanya 2.5 meter oleh hal yang demikian ia mampu menyelam.
5) Kayak jenis Sprint
Kayak jenis ini selalunya digunakan untuk acara perlumbaan, Ini adalah kerana kayak ini berbentuk panjang, kecil dan tirus. Ianya sangat laju dan pendayungnya memiliki keseimbangan yang sangat baik.
6) Kayak jenis Slalom
Kayak slalom digunakan dalam keadaan selok belok. Kayak ini bersaiz pendek dihadapan dan panjang serta lebih kembung di bahagian belakang. Panjang Kayak ini ialah 6 meter dan di bentuk tajam dibahagian hadapan oleh hal yang demikian kayak ini memiliki kelajuan dan kestaabilan yang tinggi.
7) Kayak jenis Downriver.
Kayak ini berukuran panjang sekitar 4m, di reka bentuk dan di bina dengan deck leper, depan lancip, memudahkan pendayung untuk masuk celah di pagar slalom
8) Kayak Sea
Kayak ini digunakan untuk melakukan aktiviti di laut. kayak jenis ini berkuasa mengharungi lautan. kayak ini telah dibekalkan dengan kompas untuk navigasi, Selain itu kayak ini mempunyai mempunyai ruang bebas air bagi menyimpan barangan semasa melakukan aktiviti. di belakang kayak ini pula terdapat alat kemudi.
9) Kayak Sit on Top
Kayak jenis ini lambat begerak dan juga sukar dikem udi. Selain itu kayak ini sukar untuk melakukan kemahiran atau teknik berguling ( Eskimo Roll ). kelebihan kayak ini ialah air tidak akan bertakung didalamnya kerana kayak ini telah direka lubang-lubang khas untuk menghindarkan takungan
ANATOMI KAYAK (lukisan)
Semua jenis kayak mempunyai nama bahagian yang sama, hanya bentuk, ukuran dan bahan pembuatannya sahaja yang berbeza mengikut syarikat pengeluar dan teknologi semasa. disini saya paparkan sedikit penerang mengenai anatomi kayak.
1. HALUAN & BURITAN (BOW & STERN)
Bow atau Haluan adalah bahagian depan atau muncung Kayak yang berfungsi sebagai arah tujuan dan juga sebagai alat memecah ombak. Stern atau Buritan pulaialah bahagian belakang kayak. kedudukan Bow dan Stern ini adakalanya akan mengelirukan bagi anda yang baru berjinak-jinak dengan aktiviti berkayak. Tip untuk mengenali diantara Bow dengan Stern ialah melihat arah tempat duduk pendayung.
2. GUNWALE LINE / PAINTER LINE
GUNWALE LINE / PAINTER LINE ialah bahagian tepi atau sisi Kayak yang berfungsi sebagai penyeimbang bagi pendayung, apakah perahu yang dinaikkan itu sesuai dengan berat badannya atau tidak. Sisi kanan disebut dengan "starboard" dan sisi kiri disebut "portside".
3. HULL
Hull ialah bahagian bawah kayak. Bentuknya berbeza bergantung kepada jenis kayak tersebut untuk apa digunakan.
4. DECK (Geladak)
Deck ialah bahagian atas hadapan kayak untuk melindungi kaki untuk memudahkan melakukan teknik Eskimo Roll. Deck bahagian depan ini dikenali sebagai"foredeck"dan dibelakangnya pula dikenali sebagai"afterdeck".
5. COCKPIT (Ruang Tempat Duduk)
Cockpit ialah ruangan yang di bentuk untuk pendayung kayak. Kedudukan Cockpit ini berbeza mengikut reka bentuk dan penggunaan kayak tersebut.
6. SEAT (Tempat Duduk)
Tempat duduk terletak didalam Cockpit, dan tempat duduk terbahagi dalam beberapa jenis iaitu Standar (bentuk dan ukuran tetap), tempat duduk sederhana (biasa untuk kayak rekreasi), tempat duduk ketat (digunakan untuk di arus deras dan tempat duduk yang digunakan untuk pertandingan).
7. TOGGLE
Toggle adalah sejenis tali untuk mengangkat Kayak, letaknya diujung depan (Bow) dan Belakang (Stern)
Coaming adalah bahagian tepi kecil dan mengelilingi cokcpit, ianya berfungsi sebagai penahan air untuk masuk ke dalam perahu dan juga untuk mengikat spray cover.
Letaknya dibawah Coaming yang berfungsi sebagai penahan lutut dan memberikan sanggahan ke kaki supaya kaki pendayung lebih kuat terhadap perahu.
TOWLINE / DECKLINE ialah tali yang diikatkan di hujung kayak (bow) dan buritan kayak (stern). Berfungsi sebagai tali penyelamat, menarik perahu (tunda).
11. KEEL
Terletak dibawah geladak belakang dan berfungsi sebagai kemudi.
Buoyancy adalah bahan apungan yang terletak di bawah deck bagian depan (bow) dan deck bagian belakang (stern) yang berfungsi sebagai penyimpang apabila kayak terbalik dan tidak mudah tenggelam.
Footrest terletak di bahagian foredeck berfungsi sebagai tempat meletak kaki, bentuknya terdiri dari bar(dipasang pada sisi kiri dan kanan), paddle (hampir sama dengan bar tetapi terpisah antara letak sebelah kiri dengan kanan), bulkhead (bentuk bulat rata dan terletak di bagian haluan (bow).
14. DECK EYE / EYE CLEAT
ECK EYE / EYE CLEAT ialah lubang untuk mengikat tali (towline) yang terletak di atas geladak.
EYE PIT ialah lubang yang terletak di ujung haluan (bow) dan buritan (stern) pada jenis kayak-kayak tertentu.
HATCH ialah lubang penutup yang terdapat di bahagian depan dek dan belakang dek, yang berfungsi sebagai tempat meletakkan barang, biasa digunakan untuk kayak jenis ekspedisi atau Sea Kayak.
Back Strap berbentuk getah yang diletakkan pada bahagian tempat duduk belakang, berfungsi untuk memberikan keselesaan pendayung untuk menyandar ke belakang sewaktu mendayung dan sekaligus untuk melindungi keselamatan bahagian belakang pendayung.
ANATOMI PADDLE ( lukisan )
CARA-CARA MEMBAWA KAYAK
Terdapat beberapa kaedah yang betul dan senang untuk mengangkat kayak. antara kaedah-kaedah tersebit adalah kaedah pikulan di bahu secara berseorangan, kelekan di pinggang
Berpasangan, pikulan di bahu berpasangan.
Pikulan di bahu berseorangan.
· Teknik ini sesuai untuk mengangkat kayak yang ringan ataupun kayak solo. Bahagian tengah cockpit diletakkan pada bahu yang dominan bagi mengekalkan keseimbangan kayak. Tangan yang dominan pula memegang hujung cockpit bagi menyelaraskan keselesaan dan keseimbangan berat kayak, manakala sebelah tangan lagi memegang pendayung.
Kelekan di pinggang berpasangan.
· Digunakan untuk mengangkat kayak yang berat ataupun kayak berpasangan. Dua orang diperlukan untuk menggunakan teknik ini. Pengangkat mestilah berada di bahagian bow dan stern serta berlawanan arah. Tangan pengangkat mestilah memegang bahagian bow dan stern ataupun toggle dengan kemas. Kayak diinjak ke atas dan dikepitkan di pinggang. Sesuai untuk mengangkat kayak dalam jarak yang dekat.
Pikulan di bahu berpasangan.
· Tekniknya adalah sama seperti kelekan di pinggang. Namun,kedudukan pengangkat mestilah selari ataupun sama arah. Ini bertujuan untuk membolehkan mereka berkomunikasi dan mengelakkan kecederaan berlaku sekiranya kayak yang dipikul terjatuh. Teknik ini sesuai untuk mengangkat kayak dalam jarak yang jauh.
Angkat menggunakan tangan
· Dua orang individu diperlukan untuk mengangkat kayak dengan memegang toggle dengan tangan di bahagian bow dan stern dengan kemas. K aedah ini sesuai untuk mengangkat kayak dalam jarak yang dekat.
TUJUAN RAFTING
Setelah jauh mengayuh kayak, para penunggang kayak secara kumpulan biasanya akan membuat rafting. Seorang peserta akan mengangkat paddlenyasecar menegak. Terdapat beberapa tujuan penunggang kayak melakukan rafting. Antara tujuan tersebut adalah :
1. Untuk memastikan ahli-ahli kayak mendapat rehat sementara meneruskan perjalanan setelah penat mengayuh.
2. Menunggu ahli-ahli kayak yang lain yang ketinggaln di belakang kita.
3. Untuk memberi peluang kepada ahli kayak untuk menukarkan tempat duduk samada
dari depan ke belakang atau dari belakang ke depan.
4. Berkumpul untuk memberi sebarang maklumat yang akan dilakukan selepasnya.
5. Untuk memberi amaran kemungkinan ada bahaya di hadapan.
6. Ia juga bertujuan untuk ahli-ahli kayak makan ataupun minum setelah sekian lama berkayak.
7. Ketua kumpulan kayak dapat memstikan kesihatan anggotanya.
8. Untuk menunjukkan cara-cara lain semasa berkayak misalnya cara untuk membuang air yang masuk ke dalam kayak.